Followers

Monday, November 18, 2013

ELAK KURANG DARAH MERAH KETIKA HAMIL

APA ITU ANEMIA

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin

Punca kurang darah merah

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-- Kurang memakan makanan mengandungi zat besi- Ibu yang kerap bersalin- Jangkitan cacing- Pendarahan dari faraj atau buasir- Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?Tanda – tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:- Kelihatan pucat- Sentiasa rasa letih lesu- Rasa mahu pitam bila bangun- Sentiasa rasa pening- Bengkak kaki dan muka- Kebas kaki dan tangan- Rasa mengah dan hati berdebar-debarBagaimana kurang darah boleh dikesan?Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah.

 kesan bila dipandang remeh

- Anda mungkin mengalami keguguran
- Melahirkan anak tidak cukup bulan- Anak mati dalam perut
- Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan- Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
- Keluaran susu badan akan berkurangan
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung
- Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
- Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUTCara Atasi
- Menjaga kebersihan diri- Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
- Rehat dengan cukup
- Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
- Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan


berita baik untuk mereka yang memengalami hb rendah ketika hamil.



Adakah kesemua suplemen ini perlu untuk saya ketika hamil?
Jawapannya, YA PERLU.

Pengambilan vitamin sangat digalakkan kerana ia membantu untuk mengurangkan risiko kelahiran pra-matang, kekurangan berat bayi dan juga risiko kecacatan. Ia juga membantu kita menjadi lebih sihat dan kuat sepanjang kehamilan.

Asid Folik (B-Complex) -
Ia sangat penting dalam pembentukan otak dan saraf bayi pada awal kehamilan. Dan pengambilannya dicadangkan sebaik-baiknya 3 bulan sebelum anda bercadang untuk hamil. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan kecacatan pada saraf tunjang bayi.

Iron (Zat Besi) (Vita Lea)- Zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran pra-matang. Bagi yang mengalami masalah HB yang rendah,zat besi ini sangat membantu dalam meningkatkan HB anda.
Tips: Elakkan mengambil vitamin ini bersama-sama dengan kalsium kerana ia akan mengurangkan penyerapan zat besi. Sebaliknya anda digalakkan untuk meminum segelas air buah ataupun mengambil bersama Vitamin C untuk penyerapan yang lebih optimum.

Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
~Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vit C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Ianya adalah sustained release dan akan digunakan secara beransur2 mengikut keperluan oleh badan kita.

Kalsium (Ostematrix) - Ia membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Kekurangan kalsium dalam diri ibu hamil akan terdedah kepada risiko pre-eklampsia dan boleh membawa maut kepada ibu dan bayi.

Omega-3 (Omega Guard) - Ia diperlukan untuk penglihatan yang baik, perkembangan otak dan pembentukan sistem saraf yang baik.

No comments:

Post a Comment