Senggugut?PMS? Anda sering menghadapinya setiap kali datang
bulan? Saya percaya ramai yang menghadapi masalah senggugut ini...dan
seringkali orang mengatakan masalah ini akan hilang dengan sendirinya apabila
anda berkahwin atau mempunyai anak. Namun persoalannya jika anda baru berumur
17 tahun dah alami masalah senggugut berapa tahun lagi untuk tunggu kawin?atau
bila dah kawin senggugut masih lagi belum hilang...adakah anda sanggup untuk
menanggungnya? Memang betul setiap kesakitan yang kita alami adalah ujian dr
ALLAH taala..namun ALLAH taala tidak suka hambanya yang hanya berserah tanpa
buat apa2 usaha.
Punca sebenar mengapa sesetengah wanita mengalami masalah
senggugut berbanding dengan yang lain tidaklah diketahui dengan jelas sebab
musababnya. Namun begitu, ada juga yang mengaitkannya dengan penghasilan hormon
prostalgaldin yang berlebihan sehingga menyebabkan pengecutan otot rahim
berlaku dengan lebih cepat.
Alhamdulillah..syukur sangat-sangat sebab saya tidak pernah
mengalami rasa senggugut yang teruk...semoga ALLAH taala melindungi
saya.Aamiin..:-)
Apakah Senggugut?
Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah
yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru
meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic
dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit.
RAMAI wanita mengalami senggugut. Senggugut atau dismenorea
ialah sakit semasa haid. Sakit ini disebabkan oleh otot dalam rahim yang sedang
mengecut kerana adanya prostaglandin, sejenis hormon di dalam lapisan dalam
rahim. Semasa haid, lapisan dalaman rahimlah yang akan gugur menjadi darah
haid, dan prostaglandin ini dikeluarkan ketika itu.
Antara kesan Senggugugut
Tekanan, mudahmarah, naik angin (mosimage), mudah penat,
sakit pada sendi, belakang, tidak berminat dgn seks, sakit pada payudara,
kembung perut, sakit kepala, perubahan pada kulit (jerawat dan rambut), sukar
tidur, naik berat badan, sembelit, selera makan berubah, sukar beri tumpuan.
Berikut beberapa tips untuk atasi masalah senggugut.
1. Perbanyakkan pengambilan makanan berkalsium tinggi.
Kalsium mampu mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dlm tubuh. Susu,
tempe dan kacang adalah makanan yang berkalsium tinggi.
2. Amalkan pemgambilan vitamin C dos tinggi / buah-buahan
yang bervitamin C seperti buah limau. Untuk dapatkan nilai vitamin C yg
secukupnya, kita perlu makan 7 biji buah limau.
3. Amalkan pengambilan makanan tambahan yg mengandungi
vitamin B6 dan vitamin E untuk mencegah ketegangan pada perut.
4. Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat mengurangkan
pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.
5. Kurangkan makanan yg bertepung, kafein dan bercoklat.
6. Makanlah makanan yg berserat tinggi.
7. Bagi individu yang berhadapan dgn masalah anemia (kurang
darah), sebaiknya mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau makanan yg
tinggi khasiat zat besinya.
Oleh sebab itu, Shaklee juga
mempunyai beberapa vitamin yang sesuai atau dapat membantu anda untuk megatasi
masalah senggugut ini.
1.B - COMPLEX
Pengambilan B-Complex dapat melegakan
stress/ ketegangan ketika haid, mengurangkan rasa sakit dan mengawal emosi.
Vitamin B Penting untuk Kesihatan
yang baik.
Adakah anda mendapat vitamin B
yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan
sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B
anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.
2.OsteMatrix Shaklee
Melegakan kekejangan, sakit
belakang dan gementar
Kalsium yang Diperkaya dgn
Vitamin D - yang mana ia merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen.
Magnesium - Membantu
mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
Boron - membantu dalam
metabolisme tulang
Zink,mangan, dan tembaga - bg
mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
3. GLA Complex
Menggalakkan rasa kelegaan semasa
kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara
tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur
kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.
No comments:
Post a Comment