Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada
dalam pantang selepas bersalin:
Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada
dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor
sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada
ibu yang masih lemah.
Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki
angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi
lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan
menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan
ibu-ibu tumpah darah.
Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk
menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak
mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan
lemah.
Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk
mempercepatkan peranakan sembuh semula.
Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat
tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan
bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang
dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari
jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh
mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut.
Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit
kepada anak.
Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu
matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit,
lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja,
kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin
fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan
penyakit gila.
Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca,
ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat
mengalami rabun sebelum tua.
Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu
senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang
lemah fizikal dan mentalnya.
Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya
tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu
pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100
hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan
benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.
Mencari set berpantang yang sesuai?jemput baca
No comments:
Post a Comment