KENCING
MANIS ATAU DIABETES ADALAH SATU KEADAAN YANG BERLAKU APABILA TAHAP GULA DALAM
DARAH LEBIH TINGGI DARIPADA BIASA.
KENCING
MANIS BERLAKU APABILA PANKREAS DALAM BADAN TIDAK MENGHASILKAN INSULIN ATAU
APABILA BADAN KITA SUDAH TIDAK SENSITIF DENGAN INSULIN DALAM BADAN.
APABILA
INSULIN GAGAL DIHASILKAN ATAU TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK, IA TIDAK DAPAT
MEMBAWA MASUK GLUKOS ATAU GULA KE DALAM SEL DAN TISU BADAN KITA SEBAGAI SIMPANAN.
AKIBATNYA,
DARAH AKAN MEMPUNYAI KADAR GULA YANG TERLALU TINGGI UNTUK SEL-SEL BADAN KITA.
SECARA AMNYA, SESEORANG DIANGGAP MENGHIDAP PENYAKIT KENCING MANIS APABILA KADAR
GULA DALAM DARAH SEMASA BERPUASA LEBIH DARIPADA TAHAP 7 ATAU KADAR GULA SELEPAS
MAKAN ADALAH DARIPADA TAHAP 11.
KENCING
MANIS TERBAHAGI KEPADA: -
- (BERGANTUNG KEPADA INSULIN) BIASANYA BERLAKU DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
- (TIDAK BERGANTUNG KEPADA INSULIN) SELALU DIHIDAPI OLEH GOLONGAN ORANG BERUMUR ATAU MEMPUNYAI BERAT BADAN BERLEBIHAN. TERDAPAT JUGA KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG (GESTATIONAL DIABETES).
KENCING
MANIS ADALAH PEMBUNUH YANG SENYAP (SILENT KILLER) KERANA PENYAKIT INI BOLEH
MENYEBABKAN SESEORANG PESAKIT MENJADI BUTA, MENGALAMI KOMPLIKASI BUAH PINGGANG,
MASALAH JANTUNG, STROK DAN GANGREN - SELALUNYA MENGAKIBATKAN AMPUTASI KAKI
AKIBAT LUKA YANG LAMBAT SEMBUH ATAU MENGALAMI JANGKITAN KUMAN KRONIK.
LAGI INFO BERKAITAN :-
1. STATISTIK KES DIABETES DI MALAYSIA :- KLIK DI SINI
2. PUNCA & TANDA AWAL DIABETES:- KLIK DI SINI
3. PENCEGAHAN & RAWATAN MODEN DIABETES:- KLIK DI SINI
No comments:
Post a Comment