PENCEGAHAN
PENYAKIT KENCING
MANIS
DARI SEGI
PERUBATAN MODEN, PENYAKIT KENCING MANIS TIDAK DAPAT DIUBATI, TETAPI BOLEH
DIKAWAL.
NAMUN,
KAMI DI PUSAT RAWATAN ISLAM AL-HIDAYAH YAKIN PENYAKIT KENCING MANIS INI BOLEH
DIUBATI DENGAN MENGAMALKAN AYAT-AYAT AL-QURAN YANG TERTENTU DAN DENGAN KEIZINAN
ALLAH SWT.
SELAIN
ITU, BEBERAPA LANGKAH YANG DAPAT DILAKUKAN UNTUK MERAWAT DAN MENCEGAH PENYAKIT
KENCING MANIS ADALAH DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN DAN DIET SEIMBANG, MELAKUKAN
SENAMAN DENGAN KERAP, MENGAWASI KADAR GULA DALAM DARAH, TIDAK MEROKOK DAN
MENGAWAL BERAT BADAN.
KEPENTINGAN
PENGAMBILAN MAKANAN BERZAT DAN YANG TIDAK MEMUDARATKAN BADAN TURUT DITEKANKAN
DI DALAM AL-QURAN SEPERTI DI DALAM FIRMAN ALLAH DI DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT
168 YANG LEBIH KURANG BERMAKSUD HAI MANUSIA! MAKANLAH SEBAHAGIAN DARIPADA MAKANAN YANG ADA DI
BUMI INI YANG HALAL DAN BAIK."
RAKYAT
MALAYSIA YANG MEMPUNYAI RISIKO TINGGI MENGIDAP KENCING MANIS HARUS MEMPUNYAI
KEFAHAMAN TENTANG BAHAYA KENCING MANIS DAN PERLU MELAKUKAN PEMERIKSAAN
KESIHATAN TAHUNAN BAGI MENGENAL PASTI PENYAKIT KENCING MANIS DI PERINGKAT AWAL.
RAWATAN
MODEN PENYAKIT KENCING MANIS
MATLAMAT
UTAMA DALAM RAWATAN PENYAKIT KENCING MANIS ADALAH UNTUK MENGURANGKAN TAHAP GULA
DALAM DARAH, DARI KADAR YANG LUAR BIASA KE TAHAP GULA LEBIH RENDAH DAN NORMAL.
PENYAKIT
KENCING MANIS JENIS 1 BOLEH DIRAWAT DENGAN PENGAMBILAN INSULIN, SENAMAN DAN
PEMAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG.
PENYAKIT
KENCING MANIS JENIS 2 PULA BOLEH DIRAWAT DENGAN PENURUNAN BERAT BADAN,
MENGAMALKAN DIET SESUAI DAN AKTIVITI SENAMAN YANG KONSISTEN.
JIKA
LANGKAH INI GAGAL MENGAWAL KADAR GULA DARAH YANG TINGGI, UBAT-UBATAN HOSPITAL
BOLEH DIGUNAKAN.
JIKA
UBATAN MASIH TIDAK MENCUKUPI UNTUK MENGAWAL KADAR GULA DALAM DARAH, MAKA
RAWATAN DENGAN SUNTIKAN INSULIN BOLEH DIGUNAKAN.
No comments:
Post a Comment