RAWATAN
PENYAKIT KENCING MANIS DENGAN MENGGUNAKAN AYAT-AYAT AL-QURAN
DI PUSAT
RAWATAN ISLAM AL-HIDAYAH, PESAKIT KENCING MANIS AKAN DIBERI AYAT BERIKUT UNTUK
MEREKA AMALKAN DAN SETERUSNYA DISERTAI DENGAN DOA KEPADA ALLAH UNTUK MEMOHON
PENYEMBUHAN. AYAT-AYAT YANG PERLU DIAMAL ADALAH:
- SURAH AL-ANBIYA AYAT 62 HINGGA 73
- SURAH AN-NAHLI AYAT 66 HINGGA 74
- SURAH HUUD AYAT 46 HINGGA 53
- SURAH AL-KAHFI AYAT 28 HINGGA 44
- SURAH AL-QASAS AYAT 29 HINGGA 40
- SURAH AL-MAIDAH AYAT 62 HINGGA 75
CARA
AMALAN AYAT-AYAT AL-QURAN TERSEBUT ADALAH PESAKIT HENDAKLAH MEMBACA SURAH
PERTAMA IAITU SURAH AL-ANBIYA TIGA KALI PADA WAKTU MALAM DAN SURAH KEDUA IAITU SURAH
AN-NAHLI TIGA KALI PADA WAKTU SIANG.
PEMBACAAN
INI HENDAKLAH DIAMALKAN SETIAP HARI SELAMA TIGA HINGGA EMPAT MINGGU.
SELEPAS
MEMBACA TIGA KALI, PESAKIT PERLU MEMOHON DOA KEPADA ALLAH UNTUK PENYEMBUHAN.
SELEPAS
MEMBACA DUA SURAH PERTAMA TADI, PESAKIT HENDAKLAH MENGULANG AMALAN TERSEBUT
DENGAN SURAH BERIKUTNYA.
LEBIH
BAIK SEKIRANYA PESAKIT DATANG BERJUMPA DENGAN PERAWAT AL-HIDAYAH TERLEBIH
DAHULU SUPAYA DAPAT KAMI MEMERIKSA JIKALAU ADA KESAN SAMPINGAN YANG DISEBABKAN
OLEH PENYAKIT KENCING MANIS INI.
SEKIRANYA
ADA KESAN SAMPINGAN, KAMI BOLEH MEMBERI AYAT AL-QURAN YANG LAIN UNTUK MERAWAT
KESAN SAMPINGAN TERSEBUT.
ADALAH
DINASIHATKAN AGAR PESAKIT YANG INGIN BERUBAT MENGGUNAKAN AYAT-AYAT AL-QURAN INI
TIDAK BERHENTI TERUS MENGAMBIL UBAT YANG TELAH DIBERI OLEH PIHAK HOSPITAL,
TETAPI BOLEH MENGURANGKAN DOS PENGAMBILAN UBAT HOSPITAL SECARA PERLAHAN-LAHAN
MENGIKUT KADAR PEMULIHAN PESAKIT.
TERAPI
PENYEMBUHAN MELALUI AYAT AL-QURAN INI MEMAKAN MASA, DISIPLIN DAN KESABARAN.
KAEDAH RAWATAN INI BUKAN SEPERTI MAGIC, HARI INI PESAKIT MEMBACA AYAT YANG
DIBERI DAN ESOK PESAKIT MENGHARAP PENYAKIT ITU SEMBUH.
PESAKIT
MESTI YAKIN AKAN MUKJIZAT AYAT-AYAT AL-QURAN DAN YANG PALING PENTING BERDOA
KEPADA ALLAH MEMOHON PENYEMBUHAN SERTA KEBERKATAN DAN RAHMAT-NYA.
KEPADA
SEMUA PESAKIT KENCING MANIS, JANGAN BERPUTUS ASA BERUSAHA DAN MENDAPATKAN
RAWATAN UNTUK MENYEMBUHKAN PENYAKIT INI.
RAMAI
PESAKIT YANG TELAH BERUSAHA BERUBAT DENGAN AYAT AL-QURAN DAN ADA YANG TELAH
SEMBUH SELAIN ADA YANG MASIH LAGI MENJALANI RAWATAN.
YAKINLAH
DENGAN MUKJIZAT AYAT AL-QURAN, PENYAKIT KENCING MANIS BOLEH DIRAWATI,
INSYA-ALLAH.
DARI ABU
HURAIRAH R.A: BAHAWASANYA NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA: "TIDAKLAH ALLAH
MENURUNKAN SUATU PENYAKIT, MELAINKAN DIA JUGA MENURUNKAN UBATNYA" ( HADITH
SAHIH BUKHARI).
No comments:
Post a Comment